1 Julai 2022, 16:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Tonton Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri ke-10: Program Titian Kasih di sini.

Kangar – “Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) berusaha untuk memperkenalkan beberapa kemahiran kalis masa hadapan yang sesuai seperti Internet benda (IoT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Keusahawanan dan Pengurusan Acara.”

“Diharapkan supaya para pelajar mengambil peluang untuk meningkatkan ilmu dalam kemahiran yang telah disediakan bagi membantu mereka mendapat sokongan komuniti dalam menyediakan diri ke tahap cemerlang,” titah Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah ketika berkenan menyempurnakan perasmian penutupan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke-10: Program Titian Kasih, petang semalam.

Baginda bertitah lagi, “Kepesatan perkembangan teknologi dalam pendidikan harus dijadikan sebagai satu peluang dalam memberikan ilmu kepada golongan pelajar agar bersikap lebih terbuka dalam menjalani kehidupan.”

Menurut baginda, sikap pelajar yang lebih terbuka akan memudahkan mereka mengharungi kehidupan dengan keunikan masing-masing dan mampu mewujudkan individu yang berlapang dada.

Raja Puan Muda Perlis yang merangkap sebagai Pengerusi YTF juga berharap agar pelajar terus dikurniakan tekad yang jitu demi meningkatkan taraf dan kualiti hidup diri dan masyarakat menerusi Program Titian Kasih ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.