3 Ogos 2022, 20:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Kelab Perwira, Kem Bukit Keteri, semalam.

Majlis tersebut diadakan bersempena “Dining Out” perpisahan Timbalan Komander ke-22, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak yang bakal bertukar ke Komponen Pertahanan ESSCOM, Lahad Datu, Sabah sebagai Ketua Staf Operasi.

Dalam majlis keraian tersebut, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi memaklumkan bahawa beliau amat bersyukur kerana banyak menimba pengalaman dan ilmu berkaitan dengan Askar Wataniah, Negeri Perlis.

Menariknya, menurut beliau, terdapat pelbagai peluang yang diperoleh khususnya dalam berkolaborasi dengan agensi lain melalui idea Duli-Duli Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda yang mempunyai aura, personaliti yang berkarisma dan amat selesa didekati.

Marilah bersama-sama bersatu dengan barisan pegawai tetap dalam menjadikan Askar Wataniah sebagai satu barisan yang mampan untuk membantu ganti anggota tetap Tentera Darat dalam mempertahankan negara dan negeri Perlis yang tercinta ini khasnya.

“Kesedaran sebagai perwira dan keberadaan perlu wujud dalam diri setiap pegawai dalam angkatan simpanan.

Jelas beliau lagi, pelibatan pegawai sukarela dapat menguatkan jalinan hubungan antara pegawai tetap dan bersama membantu Rejimen Askar Wataniah merekrut, melatih dan mengekalkan keaktifan anggota sukarela walaupun pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi bagi menyertai pelbagai aktiviti rejimen.

Keberangkatan  Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis disambut oleh Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak serta Ahli-ahli Kelab Perwira Rejimen yang berpegang kepada slogan, “Di Latih untuk Perang” berkenaan.

Mengulas lebih lanjut berkaitan dengan khidmat sebagai Timbalan Komander di Perlis, Mohamad Zaidi telah melaksanakan Persiapan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri Ke 32/2021 secara fizikal dan juga dalam talian, terlibat dalam Operasi PENAWAR (COVID-19) dan Operasi Murni (Ribut bersama JKM dan MAIPs), turut serta menjayakan Projek Jiwa Murni Kampung Pulau Ketam dan Lorong Wataniah di Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis serta menganjurkan Eks PERBAH 2019 berupa lawatan kerja Tuanku Raja Muda ke kawasan Op PASIR di sempadan negara sekitar perairan Pantai Timur Sabah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.