5 Ogos 2022, 09:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Acara Perbarisan Serah Terima Tugas Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia yang diadakan di Padang Kawad Kem Bukit Keteri mendapat perkenan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.

Bukit Keteri – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan acara Perbarisan Serah Terima Tugas Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia yang diadakan di Padang Kawad Kem Bukit Keteri, semalam.

Dalam upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Serah Terima Tongkat Kuasa, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Komander Rejimen merakamkan ucapan penghargaan kepada Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak atas segala khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang ke-22 dari 25 Mac 2019 hingga 3 Ogos 2022.

Upacara ini turut disaksikan bersama ialah Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda bertitah, “Sesungguhnya segala sumbangan Mohamad Zaidi itu amatlah dihargai dan semoga beliau terus mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara serta berjaya di tempat perkhidmatan yang baharu.”

Antara jasa yang ditabur oleh beliau, termasuklah berjaya memperkenalkan Logo Komersial R504AW, Logo Patch berbentuk Singa, mengadakan kembali Perbarisan Komander dan Majlis Makan Malam Rejimental R504AW, selain menaik taraf bangunan Wisma Bintara  Rejimen.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Panglima Briged ke Enam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Akib Hj Yusof dan Timbalan Komander yang baharu, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!