11 Ogos 2022, 17:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 melalui kaedah berikut:

(i)      melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan STPM 2021 dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) hingga pukul 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad); dan/atau

(ii)    secara dalam talian untuk mendapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai pukul 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

MPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.