19 Ogos 2022, 19:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan kesihatan dalam satu majlis di sini pada hari ini.

Majlis penandatanganan perjanjian persefahaman tersebut disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis mewakili Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ismuni Bohari.

YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis (mewakili Naib Canselor, UiTM) dan YBrs. Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis semasa majlis menandatangani MoU.

Teras utama MoU itu adalah untuk menggalakkan kerjasama dalam pendidikan kesihatan seperti penganjuran program, kempen atau aktiviti kesihatan; menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam bidang berkaitan dengan penganjuran simposium, persidangan atau kursus pendek berkenaan dengan isu yang berkaitan serta melaksanakan penempatan pelajar latihan industri di jabatan berkenaan.

Rektor UiTM Cawangan Perlis dalam ucapannya menjelaskan:

Pemain industri ialah penyumbang dan pemacu aktiviti ekonomi, manakala pihak universiti menjadi pembekal bakat anak bangsa kepada industri serta sektor ekonomi negara. Justeru, objektif utama pemeteraian MoU antara UiTM dengan JKN Perlis hari ini adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak seperti pemindahan dan perkongsian kepakaran, penempatan pelajar latihan industri, kerjasama penyelidikan dan penganjuran program yang sudah terjalin sejak 2012. Antara program yang telah dijalankan ialah Karnival Jelajah Sihat, Train for Trainer, Hari Kesihatan Sedunia serta Aerofithon Challenge.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh YBrs. Ts. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar, Timbalan Rektor PJIMA, UiTM Cawangan Perlis; YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Perlis; YBrs. Dr. Ghazali Chik, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), barisan Jawatankuasa Eksekutif UiTM Cawangan Perlis dan tetamu undangan.

Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis bersama-sama tenaga akademik UiTM dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.