16 September 2022, 12:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Warga kerja yang sihat berupaya melahirkan pemikiran yang cergas. Berdasarkan kepentingan tersebut, UiTM Cawangan Perlis pada pagi ini menjalankan program Let’s Get Fit (UniFit) di Kompleks Sukan UiTM Cawangan Perlis. Program ini telah disertai oleh 80 orang peserta. Program yang melibatkan aktiviti senaman dan kecergasan ini adalah sejajar dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020.

Program ini merupakan program di bawah Unit Sukan UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UITM Cawangan Perlis. Antara aktiviti kecergasan yang diadakan menerusi program termasuklah senamrobik, dangdut, zumba dan HIIT. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menyokong matlamat ANSM dalam menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Program yang diadakan ini juga dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kampus UiTM Cawangan Perlis.

UiTM
Program Let’s Get Fit (UniFit) UiTM Cawangan Perlis.

Menurut Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Dr. Ts. Shukor Sanim Mohd Fauzi, program kecergasan seperti ini diharapkan dapat memberikan impak kesihatan dan kercergasan yang baik kepada masyarakat khususnya kepada warga kampus. Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur atas pelaksanaan program yang dilihat mendapat sambutan yang baik dalam kalangan para peserta.

Antara peserta yang mengikuti program Let’s Get Fit (UniFit) UiTM Cawangan Perlis.

Terdahulu, semasa berucap dalam Majlis Pelancaran ANMS pada 11 November 2021,  Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan keluarga Malaysia melakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat dan menjaga kesihatan mental untuk mengukuhkan daya ketahanan badan bagi melawan penyakit. Atas kepentingan ini, ANMS turut diberikan penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-12. YAB Perdana Menteri juga mengharapkan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta serta rakyat Malaysia bersama-sama menyokong agenda ini kerana kesihatan rakyat merupakan satu keutamaan yang penting dalam melahirkan keluarga Malaysia yang sejahtera.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.