23 September 2022, 21:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Muhammad Adam Aqashah Che Musrishah dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Pelakon Terbaik Pertandingan Video Pendek Pahlawan Mat Kilau bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Tahun 2022.

Bagi Pertandingan Video Pendek Pahlawan Mat Kilau kategori sekolah rendah diungguli oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Putra dan disusuli oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma bagi kategori sekolah menengah.

Bersempena sambutan ini, Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang yang disempurnakan di Pusat Kokurikulum Kem Dato Ariffin Mohd Nam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Tasoh baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah JPN, Cikgu Naharudeen Othman.

Selain itu, Raja Muda Perlis turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Berdasarkan Video Webinar Titian Kasih JPN bersama-sama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Muhammad Qayyum Mohd Firdaus memenangi Pertandingan Mewarna bagi kategori darjah satu, dua dan tiga dari SK Kayang. Seterusnya, dalam Pertandingan e-Poster untuk kategori darjah empat, lima dan enam diungguli oleh Nur Airis Safira Aidi juga dari sekolah yang sama.

Seterusnya, Nurul Dalila Nadirah Mohd Syarim Adzhar, Nur Syazliyana Mohd Saiful dan Nurfarihah Mardiah Nurulaizamazizi dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra muncul juara dalam Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang bagi kategori tingkatan satu dan tingkatan dua.

Bagi Pertandingan Menulis Esei kategori tingkatan tiga dan empat pula diungguli oleh Aina Dhafiyah Ahmad Firdhaus juga dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

Pemenang bagi Pertandingan Mengarang Puisi atau Syair untuk kategori tingkatan lima dan enam ialah Amirah binti Nukhman dari SMK  Syed Alwi.

Bagi kategori Kawad Kaki Merdeka bersempena Pertandingan Sambutan Bulan Kebangsaan dijuarai oleh SK Beseri untuk sekolah rendah dan Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah bagi sekolah menengah.

Inovasi Steam Merdeka dimenangi oleh SK Pendidikan Khas Perlis untuk kategori sekolah rendah, manakala SMK Guar Nangka bagi kategori sekolah Menengah.

Sekolah Rendah Islam 1 pula memenangi Pertandingan Laluan Merdeka bagi kategori sekolah rendah diikuti SMK Beseri bagi kategori sekolah menengah.

Tuanku Syed Faizuddun Putra turut menyampaikan hadiah kepada Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.