26 September 2022, 12:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
FCoEE merupakan satu organisasi pusat kecemerlangan pendidikan yang diberi mandat dan amanah oleh MAIPs bagi membawa panji kecemerlangan kepada pendidikan Perlis.

Kangar – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Penubuhan Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), dengan temanya “Pendidikan Efektif Alaf Baru”.

Membawa tema “Pendidikan Efektif Alaf Baru”, gagasan ini dipercayai akan terus menjadi titik tolak kepada FCoEE yang membawa visi “Insentif Minda Pemangkin Bangsa”, titah baginda dalam majlis perasmian pelancaran pada petang semalam.

FCoEE merupakan satu organisasi pusat kecemerlangan pendidikan yang diberi mandat dan amanah oleh MAIPs bagi membawa panji kecemerlangan kepada pendidikan Perlis.

Raja Muda Perlis berkenan berangkat melawat reruai pameran tersebut.

Antara strategi utamanya adalah untuk membantu membangunkan pemikiran masyarakat dan kebitaraan Perlis melalui penganjuran program pendidikan dan perubahan minda, khususnya kepada anak-anak, guru-guru dan ibu bapa melalui perantaraan sekolah.

Menyentuh mengenai program yang dilaksanakan, Tuanku Syed Faizuddin Putra meminta kerjasama waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah dan menyokong penuh sebarang perubahan yang dibawa ke arah kebaikan bersama.

Sesungguhnya, aliran arus perdana bersama pembawakan digitalisasi memerlukan kita lebih pantas memahami dan menggarap perubahan.

Pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Negeri Perlis 2022, yang disempurnakan oleh baginda di Dewan Seri Anggerik, Hotel Seri Malaysia Kangar.

Tuanku Raja Muda bertitah,

FCoEE, PIBG dan pihak sekolah juga perlu sederap dan selangkah bersama-sama berusaha ke arah kecemerlangan sekolah yang diterajui masing-masing selaku YDP PIBG. Mencapai kejayaan seperti yang diimpikan bukan sesuatu yang mudah dan pastinya memerlukan pengorbanan serta komitmen pelbagai pihak.

Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Negeri Perlis 2022, yang disempurnakan oleh baginda di Dewan Seri Anggerik, Hotel Seri Malaysia Kangar.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs merangkap Pengerusi FCoEE, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin yang mengilhamkan pusat kecemerlangan ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Cikgu Naharudeen Othman, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis, Profesor Madya Dr. Abdul Jalil Ramli.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan berangkat melawat reruai pameran sempena kursus yang julung kalinya dianjurkan sebegini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.