26 September 2022, 16:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Langkawi – Kem Didik Aspirasi (K.I.D.S) merupakan sebuah program perkongsian strategik pintar (Smart Strategic Partnerships) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Yayasan Didik Negara (YDN) dan Kayaking Malaysia diadakan selama tiga hari di sini, yakni Stesen Penyelidikan Marin (MARES) yang merupakan sebuah stesen penyelidikan laut milik UiTM Cawangan Perlis bertempat di Pulau Tuba, Langkawi dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program pada kali ini.

Sebanyak 100 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 dari SMK Langkawi dan SMK Putrajaya yang turut serta dalam program ini.

Program yang disertai oleh 100 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi dan SMK Putrajaya ini dilihat dapat membantu pelajar membina keyakinan diri, di samping memupuk nilai kerjasama dalam kalangan pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan, termasuklah ceramah pemuliharaan laut, jejak hutan dan ikhtiar hidup, mini ekspedisi kayak, turun cenuram dan refleksi diri.

Berdasarkan tinjauan, program K.I.D.S dikatakan demikian mampu meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani pelajar, malah membentuk jati diri mereka yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi.

Profesor Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak yang mewakili YBhg. Rektor dalam ucapannya berkata, UiTM Cawangan Perlis amat mengalu-alukan segala bentuk program kerjasama strategik bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melestarikan sistem pendidikan berkualiti untuk memenuhi aspirasi negara.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YDN dan Kayaking Malaysia atas kerjasama strategik dalam menjayakan program pada kali ini. Pihak UiTM Perlis berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memupuk kerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumbangan ke arah melestarikan pendidikan berkualiti.

Tahniah kepada anak-anak yang telah mengikuti program ini selama tiga hari dua malam dengan jayanya!” ujar Profesor Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak.

YBhg. Puan Norazura Tadzim, Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Kanan Pendidikan mewakili YB Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin hadir bagi menyempurnakan majlis penutup program.

Turut hadir bersama-sama dalam program ini ialah Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan, Puan Rohaida Abd Manaf; Timbalan Pengarah Pendidikan Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Sabri Osman; Timbalan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (Perancangan), Tuan Haji Mohamad Kamal Hashim; Ketua Latihan dan Pembangunan Kayaking Malaysia, Dr. Rosman Bin Karim; wakil YDN, Dr. Shelly Elina Shaharuddin, serta wakil daripada SMK Putrajaya dan SMK Pulau Tuba.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.