26 September 2022, 20:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Bersempena dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Negeri Perlis 2022, warga Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Negeri Perlis mendeklarasikan bacaan janji dan ikrar demi menjulang tinggi pendidikan di Negeri Perlis.

Bertempat di Dewan Seri Anggerik, Hotel Seri Malaysia pada semalam, Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian tersebut.

Tuanku Raja Muda menzahirkan harapan agar program sebegini menjadi satu kemestian bagi FCoEE dan PIBG melalui JPN untuk berganding bahu dan kepakaran bagi menjamin impak kecemerlangan anak-anak pewaris bangsa di negeri Perlis ini.

Deklarasi aku janji tersebut ditandatangani secara bersama oleh PIBKS Perlis, Profesor Madya Dr. Abdul Jalil Ramli bersama-sama dengan Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCOEE) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin pada ahad petang.

Hadir bersama-sama ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Cikgu Naharudeen Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.