8 Oktober 2022, 10:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Sebanyak 2400 pelajar baharu telah mengakhiri sesi Minggu Destini Siswa (MDS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis untuk sesi Oktober 2022 semalam di di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis. Menerusi MDS, para pelajar diberi pendedahan tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta kemudahan dan persekitaran universiti untuk memudahkan pelajar baharu menempuh alam baharu di kampus tersebut.

Simbolik akhir untuk MDS ialah sesi Amanat Rektor dan Perasmian Penutup MDS Sesi Oktober 2022. Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi telah hadir menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Penutup Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 20022 tersebut.

Dalam ucapan beliau, Rektor UiTM Cawangan Perlis mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM Cawangan Perlis.

Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis semasa menyampaikan ucapan.

Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis juga  menyampaikan beberapa amanat kepada para pelajar dalam majlis tersebut. Antara perkara yang diberikan penekanan adalah mengenai adab. Para pelajar dinasihatkan untuk menjaga adab terutamanya terhadap pensyarah bagi mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu. Beliau juga berpesan agar para pelajar sentiasa menjaga imej dan nama baik universiti.

Rektor UiTM Cawangan Perlis juga mengharapkan semua pelajar menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan memberikan fokus kepada pelajaran agar mereka dapat menamatkan pengajian dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Dalam majlis tersebut, para pelajar dilatih untuk mengendalikan majlis dan mengetengahkan bakat mereka. Misalnya melalui bacaan doa oleh pelajar, ucapan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar, alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh pelajar MDS dan bacaan ikrar oleh 2400 orang pelajar MDS.

Doa oleh wakil pelajar MDS.
UiTM, Cawangan Perlis, pelajar universiti
Ucapan Pembukaan Majlis oleh Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar.
Alunan bacaan al-Quran dan terjemahannya oleh wakil pelajar MDS.
Bacaan ikrar oleh 2400 orang pelajar MDS.

Menerusi majlis tersebut, nyanyian lagu UiTM turut berkumandang dan dinyanyikan beramai-ramai oleh warga UiTM termasuklah pelajar MDS sebagai tanda semangat dan cinta akan kampus mereka.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar Othman, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan, dan Encik Fahizan Hamid, Timbalan Ketua Pustakawan serta beberapa Ketua Unit dan staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.