29 Oktober 2022, 10:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Komander-komander Askar Wataniah Siri 500 bersempena dengan SKAW.

Arau – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Komander-komander Askar Wataniah Siri 500 bersempena dengan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) bermula semalam sehingga Ahad ini.

Keberangkatan tiba Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid semasa sembah mengadap Komander-komander Askar Wataniah Siri 500.
Sekitar majlis sembah mengadap Komander-komander Askar Wataniah Siri 500 .

Antara tetamu diraja yang berangkat mengadap Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis ialah Raja Muda Kedah Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (Komander Rejimen 513 AW), Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Komander Rejimen 508 AW), Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander (Rejimen 512 AW) dan Tengku Panglima Raja Pahang Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Komander Rejimen 505 AW).

Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid (berbusana merah).

Baginda berdua turut meraikan kesemua tetamu undangan pada Majlis Santapan DiRaja di Balai Bankuasi Istana Arau dan turut dihadiri oleh anakanda-anakanda Tuanku Raja Muda Perlis, iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah, YAM Sharifah Farah Adriana dan YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia
Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman. Turut serta dalam majlis ini ialah Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mejar Jeneral Datuk Hamdan Haji Ismail.

SKAW Siri ke 33/2022 ini dikoordinasikan dan diterajui oleh Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, iaitu Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.