30 Oktober 2022, 17:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Perlis melalui Rejimen 504 Askar Wataniah telah menjadi tuan rumah untuk Sidang Askar Wataniah (SKAW) Siri ke-33/2022.

Pauh Putra – Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke-33/2022 yang dianjurkan oleh negeri Perlis melalui Rejimen 504 Askar Wataniah berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, Bangunan Canselori, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, semalam.
Antara komander yang terlibat merupakan hos persidangan pada kali ini ialah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (Komander Rejimen 504 AW), Raja Muda Kedah Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (Komander Rejimen 513 AW), Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Komander Rejimen 508 AW), Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander (Rejimen 512 AW) dan Tengku Panglima Raja Pahang Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Komander Rejimen 505 AW).

Persidangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan diiringi Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Hamdan Haji Ismail. Dalam ucapan pembukaan beliau, Datuk Seri Mohammad berharap semoga Askar Wataniah akan terus relevan seiring dengan perkembangan Tentera Darat Malaysia berdasarkan Pelan Pembangunan Jangka Panjang Tentera Darat iaitu Army For Next Generation (ARMY 4NEXTG) dan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah 2022-2023.

Para komander turut dipersembahkan dengan persembahan tarian perang penuh bersemangat oleh anggota kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Tentera Darat UniMAP, lawatan ke Galeri DiRaja Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, demonstrasi produk reka cipta UniMAP dan persembahan kesenian bertenaga oleh Pusat Kebudayaan UniMAP bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti.

Komander SKAW berpeluang mengunjungi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP ketika sidang tersebut berlangsung.

Pada akhir sidang tersebut, semua komander meluangkan masa mengunjungi Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih dan moden yang disediakan di universiti awam tersebut yang telah mencecah 21 tahun usia penubuhannya.

(Sumber foto: UniMAP)

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.