26 November 2022, 18:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Istiadat Konvokesyen 16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selama empat hari berakhir pada Khamis, 24 November 2022 baru-baru ini.

DYTM Raja Puan Muda Perlis berkenan menyempurnakan Istiadat Konvokesyen 16 UniMAP.

Dalam sidang terakhir tersebut, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menganugerahkan folder ijazah masing-masing kepada seramai 312 orang graduan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP di Pauh Putra.

Para penerima ijazah terdiri daripada graduan bagi jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) bagi Sistem Elektronik, Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik, Rekabentuk Rangkaian Elektronik dan Elektronik Bersepadu serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) bagi jurusan-jurusan Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar dan juga Pembinaan.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda merangkap Pro Canselor disambut oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli.

Keberangkatan tiba Raja Puan Muda Perlis.

Sementara itu, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dalam siaran rakaman titah ucapan baginda kepada sekalian yang hadir menasihatkan golongan pelajar supaya sentiasa membabitkan diri dalam organisasi agar dapat memupuk nilai kepimpinan yang tinggi. Hal ini adalah kerana kemahiran komunikasi yang baik dapat menyampaikan penjelasan dan teguran dengan baik serta diterima juga dengan baik. Perkara ini adalah penting dalam menyampaikan hujahan supaya difahami oleh pekerja bawahan apabila sesuatu isu dibincangkan dalam alam pekerjaan kelak.

Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selama empat hari pula bermula pada hari ini, Sabtu, 26 November 2022 hingga Selasa, 29 November 2022.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.