Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangArau – Pemain-pemain dan pasukan-pasukan dari Perlis menutup kalendar pertandingan woodball tanah air bagi tahun 2022 dengan kejayaan penuh cemerlang dan bergaya.
Beberapa pasukan dari Perlis telah mengungguli tempat pertama daripada 12 kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan Woodball Terbuka Perlis dan Jemputan Antarabangsa 2022 yang berlangsung dari 25 November 2022 hingga 27 November 2022 anjuran Persatuan Woodball Negeri Perlis bersama-sama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perlis.
Menerusi kejohanan tersebut, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Dewan Semarak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis di Arau pada petang semalam.
Pertandingan tersebut berlangsung dengan jayanya di Laman Woodball Kolej Matrikulasi Perlis di Arau, Laman Woodball Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Arau dan Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra.
Sebagai rekod, Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-9 Tahun 2020 yang dirancang pada awalnya untuk diadakan di negeri Perlis tidak dapat dilaksanakan setelah dua kali ditangguhkan dari tahun 2020 atas sebab penularan pandemik COVID-19 dan juga kekangan pelaksanaan dari segi teknikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan negara-negara luar.
Senarai juara bagi Kejohanan Woodball Terbuka Perlis dan Jemputan Antarabangsa 2022 seperti yang berikut:
Kategori: Berpasukan Wanita Terbuka
Pasukan: Perlis Lion
Pemain:
(i) Rosmawati Abidin
(ii) Asmawana Aziz
(iii) Nor Rinda Ramli
(iv) Qistina Mohd Reffal
Kategori: Berpasukan Lelaki Terbuka
Pasukan: Perlis Thunder
Pemain:
(i) Suhaimi Ahmad
(ii) Abu Hassan Adam
(iii) Mohd Faizal Othman
(iv) Zulkifli Said
Kategori: Beregu Campuran Terbuka
Pasukan: UiTM Perlis
Pemain:
(i) Bahrin Ismail
(ii) Nor Azah [email protected]
Kategori: Beregu Wanita Terbuka
Pasukan: Perlis Lion
Pemain:
(i) Qistina Mohd Reffal
(ii) Nor Rinda Ramli
Kategori: Beregu Lelaki Terbuka
Pasukan: Perlis Fighters
Pemain:
(i) Azizan Zainol
(ii) Mohd Zohri Abdullah
Kategori: Perseorangan Remaja Lelaki
Pasukan: Perlis Junior Woodpecker
Pemain: Muhamad Aiman Haizad Ariff Fadilah
Kategori: Perseorangan Lelaki Terbuka
Pasukan: Perlis Thunder
Pemain: Zulkifli Said
Kategori: Perseorangan Veteran Wanita
Pasukan: Kelab Woodball Bandar Diraja Pekan
Pemain: Aniah Hassan
Kategori: Perseorangan Veteran Lelaki
Pasukan: Kelab Woodball Kuala Rompin
Pemain: Zahir Mohd Zain
Kategori: Perseorangan Remaja Perempuan
Pasukan: Terengganu
Pemain: Putri Maisarah Khairul Nizat
Kategori: Perseorangan Wanita Terbuka
Pasukan: Persatuan Woodball Malaysia (MWA)
Pemain: Loo Lee Lee
Kategori khas: Gate in One bagi Lelaki
(i) Pasukan: Majlis Daerah Rompin
Pemain: Farizul Alkmal Rahman
(ii) Pasukan: Kelab Woodball Metropolitan
Pemain: Mohd Sharil Hashim
(iii) Pasukan: Kelab Woodball Kuala Rompin
Pemain: Zahir Mohd Zain
(iv) Pasukan: JUPEM Perlis
Pemain: Jafri Jusoh
(v) Pasukan: Politeknik Banting
Pemain: Danial Woo Ikhwan
Kategori khas: Gate in One bagi Perempuan
(i) Pasukan: Kelab Woodball Bandar Diraja Pekan
Pemain: Datin Widilestari
(ii) Pasukan: Perlis Ultras
Pemain: Rofidah Abd Samad
(iii) Pasukan: Pulau Pinang
Pemain: Alya Umairah Amran