3 Disember 2022, 16:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pauh Putra – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan penganugerahan kepada graduan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sidang Ke-4 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, baru-baru ini.

Antara inti pati yang dikongsikan, baginda berpesan:

Graduan digalakkan untuk meningkatkan kemahiran dalam penguasaan bahasa asing.

Dengan memiliki kemahiran ini, graduan mampu memberikan nilai tambah untuk tampil lebih istimewa dan berdaya saing dalam pasaran, seterusnya mendapat kedudukan yang lebih baik dalam pasaran kerja.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam majlis tersebut, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan menyempurnakan penganugerahan kepada  334 orang graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) jurusan Sistem Elektronik, Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik, Rekabentuk Rangkaian Elektronik, Elektronik Bersepadu dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian, Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar (Kepujian) dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) (Pembinaan).

Turut hadir bersama-sama dalam majlis istiadat tersebut ialah anakanda bongsunya, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail yang disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.