Oleh Syaza Wardina
4 Disember 2022, 10:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
DYTM Raja Muda Perlis berkenan berangkat ke Sidang Keenam bagi Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.

Pauh Putra – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Sidang Keenam bagi Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa para graduan universiti perlu memfokuskan penguasaan kecekapan kerja melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) supaya mereka berupaya mempamerkan prestasi kerja yang baik dan pantas, meningkatkan kepuasan kerja mereka, dan sekali gus menyumbang kepada prestasi kerja yang cemerlang pada masa hadapan.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan penganugerahan folder kepada graduan UniMAP.

Sementara itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan penganugerahan folder Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian Mekanikal, Pembuatan dan Reka Bentuk Produk serta Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) Pemesinan, Sistem Pertanian, Pembangunan Produk dan juga Pemprosesan Bahan kepada sebanyak 341 orang graduan.

Yang turut sama berangkat ialah anakanda kedua baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.