5 Disember 2022, 10:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Susulan pelantikan baharu kabinet Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, Menteri Pendidikan antara menteri yang menjadi tumpuan ramai sementelah sektor itu memainkan peranan penting dalam memenuhi aspirasi negara dalam konteks pembangunan pendidikan.

Ketibaan YB Fadhlina di sambut oleh YBhg. Datuk Yusran dan YBhg. Dato’ Haji Pkharrudin di pekarangan lobi KPM pada pukul 8.45 pagi.

Bertempat di lobi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, 45 tahun, mengimbas kad perakam waktu kira-kira pada pukul 9.00 pagi tadi sebagai simbolik memulakan tugas rasmi beliau di KPM.

Sesi tersebut turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPM, YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBhg. Dato’ Haji Pkharrudin Haji Ghazali.

Menurut KPM, pelantikan Menteri Pendidikan pertama wanita akan membuka lembaran baharu kepada sistem pendidikan negara.

YB Menteri Pendidikan baharu bersama-sama pegawai kanan KPM.

Dengan pelantikan ini, KPM yakin bahawa beliau dapat meneruskan kesinambungan dalam usaha memacu transformasi pendidikan ke tahap yang lebih tinggi demi pembangunan intelektual pewaris negara.

Terdahulu sebelum aktif dalam bidang politik, beliau merupakan seorang aktivis dan peguam dalam literasi undang-undang keluarga Islam, serta hal kebajikan kanak-kanak.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), YB Fadhlina merupakan Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR yang pertama kali dicalonkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Parlimen Nibong Tebal dan berjaya menewaskan penyandang, Datuk Mansor Othman yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 16 293 undi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.