6 Disember 2022, 17:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini melabuhkan tirai dalam Sidang Kelapan yang disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan folder ijazah kepada graduan UniMAP.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah anakandanya, Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.

Sebanyak 3158 orang graduan berjaya menamatkan pengajian mengikut jurusan masing-masing.

Tuanku Raja Puan Muda selaku Pro Canselor berkenan berangkat menyampaikan folder ijazah kepada 558 orang graduan yang terdiri daripada graduan lepasan Diploma dalam Kejuruteraan Elektrik, Mekatronik, Komputer, Mikroelektronik, Metalurgi dan Pembuatan.

Turut disampaikan penghargaan kepada graduan Master Profesional dalam bidang Pengurusan Projek Pembinaan dan Pengurusan Fasiliti; Bacelor Profesional dalam Pengurusan Pembinaan dan Pengurusan Fasiliti serta Diploma Profesional bagi Penyeliaan Tapak Pembinaan, Pengurusan Fasiliti, Pengurusan Trafik Pembinaan dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Dalam majlis yang sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor bertitah:

Setiap graduan perlu mencari inisiatif sendiri untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan semula, dan kemahiran silang atau cross-skilling dalam landskap pasaran kerja.

Cadang baginda, graduan boleh menyertai aktiviti sukarelawan dan kerja sampingan untuk membantu graduan bersikap lebih matang dalam setiap keputusan yang dilakukan pada waktu sekarang dan masa depan kelak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.