Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKulim – Kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih dirasai oleh pengundi, khususnya di kawasan Parlimen Padang Serai, tidak kira warga emas mahupun pengundi 18 tahun yang keluar mengundi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Mengulas lanjut berkaitan dengan PRU-15 di Parlimen Padang Serai, sebanyak enam orang calon bertanding seperti yang telah disenaraikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Antaranya termasuklah, Dato Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Hamzah Abd. Rahman, Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak, Barisan Nasional (BN), Dato C. Sivaraj, Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, Sreananda Rao.
Walau bagaimanapun, seorang warga emas di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, Rahimah Hussain, 101, tidak terdaya untuk keluar mengundi pada kali ini.
Menurut anak lelakinya, Yaacob Abdul Hamid, 64, ibunya tidak dapat mengundi kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sejak negara merdeka lagi, ibu tidak terlepas peluang untuk mengundi, meskipun semasa zaman Kapal Layar.
“Namun pada PRU-15 kali ini, dia hanya duduk di katil,“ katanya.