6 Januari 2023, 15:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Majlis yang berkonsepkan taman ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada staf supaya terus komited dan bermotivasi dalam menjalankan tugasan masing-masing.

Arau – Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd. Fauzi pada hari ini menzahirkan penghargaan kepada warga Pejabat Rektor melalui Majlis Apresiasi Pejabat Rektor, UiTM Cawangan Perlis.

Majlis anjuran Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Perlis ini diadakan di Dataran Tuanku Canselor bagi meraikan sebanyak 29 orang staf dan pelajar latihan praktikal di Pejabat Rektor.

Majlis yang berkonsepkan taman ini dimeriahkan dengan kehadiran ketua unit, staf dan pelajar latihan praktikal di bawah Pejabat Rektor.

YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd. Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis semasa memberikan kata-kata aluan.

Dalam ucapannya pada pagi tadi, Rektor UiTM Cawangan Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga UiTM Cawangan Perlis atas segala sumbangan dan komitmen yang dicurahkan sepanjang tahun 2022.

Ikhtisar beliau,

Komitmen daripada setiap staf amat penting bagi memastikan institut ini terus berkembang maju dan setanding dengan institusi lain di negeri ini.

Beliau juga berharap budaya penghargaan ini akan diikuti oleh bahagian dan unit yang lain di UiTM Cawangan Perlis. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk memastikan staf terus bermotivasi dalam menjalankan tugasan masing-masing.

YBhg. Rektor menyampaikan sijil penghargaan kepada staf di Unit Pejabat Rektor.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sijil penghargaan, seperti Rector’s Choice Award, Most Determined Employee, Best Team Player, The Iron Pillar Award, Best Attandance Award dan lain-lain.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.