Oleh Abd Razak Osman
16 Januari 2023, 19:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
SSN Kedah bakal bertanding di Madrid pada bulan Jun akan datang.

Bukit Mertajam – Sebanyak 12 orang pemain umur 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMKTATAR) Jitra, Kedah untuk menjalani latihan bola sepak selama tujuh hari lima malam di Madrid, Sepanyol pada bulan Jun akan datang.

SMKTATAR yang dikenali sebagai Sekolah Sukan Negeri Kedah (SSN Kedah) itu telah berjaya merangkul kejuaraan pada peringkat akhir setelah menewaskan pasukan Black Tiger (SSN Pulau Pinang) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan (SPS) dengan keputusan 3–0.

Antara wakil pasukan SSN Kedah, termasuklah Azmeerul Hakim Azhar, Mohamad Lokhman Hakim Mansor, Muhammad Aisar Syakir Ghazali, Muhammad Alif Haikal Sya’aban, Muhammad Hafiy Hadiff Hezri, Muhammad Irfan Adli Ismail, Muhammad Mus’ab Mahubuddin, Muhammad Nafiz Mohd Nazuar, Muhamad A’bid Iqhwan Khairul Samsul, Muhammad Syabil Iqbal Azhar, Adam Arieff Soffuan dan Syafiq Iqmal Samsuhaimi.

Semua pemain mendapat medal masing-masing disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim semalam.

Pertandingan anjuran TH Global Football Camp Road to Real Madrid, Sepanyol itu berlangsung di Stadium Permatang Rawa, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam turut disaksikan oleh Mantan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Penganjur pertandingan tersebut ialah Dato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra Dato’ Seri Utama Tan Sri Dr. Tunku Annuar Badlishah.

Pengarah TH Global Football Camp, Datin Seri Noor Suzanna Abdullah berkata, pemain akan menjalani latihan klinik bola sepak dengan lebih intensif bersama dengan jurulatih Kelab Real Madrid, Sepanyol.

Usaha mencari pasukan bola sepak yang hebat oleh TH Global Football Camp akhirnya tercapai.

Ketua jurulatih pasukan SSN Kedah, Mohamad Azizi Abdul Aziz berkata, bukan mudah untuk mencapai kemenangan kerana pasukan lain masuk bertanding peringkat akhir semuanya hebat setelah dibimbing oleh jurulatih masing-masing.

Melalui usaha, disiplin dan komitmen yang jitu semasa sesi latihan, pemain dapat melaksanakan tugasan dengan sangat baik sekali.

“Apabila dinobatkan sebagai juara TH Global Football Camp, hal ini menggembirakan banyak pihak, termasuklah pentadbir SSN Kedah dan waris kerana anak sendiri berpeluang menjejak kaki ke Madrid, Sepanyol dan mereka juga bakal menjadi pemain bola sepak terbaik di negeri Kedah dan Malaysia kelak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.