Oleh Abd Razak Osman
17 Januari 2023, 15:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Sempena Majlis Perasmian Serambi Ilmu Rakyat dan Bantuan Pelajaran Awal Pengajian 2023, Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengadakan agihan sumbangan bernilai RM100 ribu kepada 100 pelajar kategori B40 di Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.

Replika cek bantuan itu disampaikan oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani turut disaksikan oleh Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah.

Menurut Syaiful Rizal, sumbangan YBR dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan pelajar baharu pada peringkat diploma dan ijazah sarjana yang mula mendaftar untuk sesi pengajian di UUM.

Antara pelajar yang menerima sumbangan bagi melanjutkan pengajian awal di institusi pengajian tinggi.

Tambah beliau, inisiatif sebegini dapat memastikan pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya dari luar bandar, pendalaman dan miskin turut tidak terlepas untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Pada tahun lepas, sebanyak 2916 pelajar telah menerima bantuan awal pengajian melibatkan peruntukan RM2.27 juta di 19 IPT negara ini.

“Bantuan seumpama ini boleh memberikan pelbagai kebaikan kepada pelajar berkenaan.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Haim Hilman pula dalam ucapannya berkata, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menyenaraikan pelajar B40 yang layak untuk menerima sumbangan sebanyak RM1000 seorang. Beliau berterima kasih kepada YBR kerana memilih pelajar UUM untuk menerima sumbangan itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd. Mukhti Abd. Rahman dan Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.