20 Januari 2023, 20:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan dilaksanakan bermula dari 20 Februari hingga 15 Mac 2023.

Berdasarkan jadual SPM 2022, Lembaga Peperiksaan menetapkan peperiksaan amali sains akan bermula pada 30 Januari ini, manakala ujian bertutur bahasa Melayu pada 7 dan 9 Februari; ujian bertutur bahasa Inggeris pada 13 hingga 15 Februari; dan ujian mendengar pula pada 16 Februari.

Menurut KPM, sebanyak 403 637 calon akan menduduki peperiksaan di 3355 pusat peperiksaan di seluruh negara. Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, KPM turut melantik sebanyak 131 318 petugas peperiksaan.

Oleh itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung. Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan SPM 2022 boleh dimuat turun dari laman rasmi Lembaga Peperiksaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!