20 Januari 2023, 20:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Berhubung dengan penularan satu video mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dalam aplikasi TikTok, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama pihak yang terlibat akan membuat siasatan lanjut.

Dalam kenyataan KPM pada hari ini, video tersebut adalah berhubung dengan seorang ibu kepada tiga orang anak yang belajar di sekolah yang sama, tetapi telah menerima jumlah bayaran BAP yang berbeza-beza.

“Tindakan yang tegas akan dilaksanakan sekiranya wujud kebenaran seperti yang didakwa,” tegas KPM mengulas tentang penularan video yang mengelirukan orang umum.

Sehubungan dengan itu, KPM ingin memohon kerjasama daripada semua murid, ibu bapa atau penjaga untuk membuat aduan secara rasmi melalui laman rasmi SISPAA KPM atau hubungi di talian 03-8884 6456.

KPM turut mengatakan bahawa setiap aduan dan butiran pengadu akan dirahsiakan oleh pihak pengurusan demi menjaga kebajikan dan keselamatan masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.