28 Januari 2023, 16:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau  – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Panglima Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia yang baharu, iaitu Brigedier Jeneral Yazid Yusuf di Galeri DiRaja Arau, hari ini.

DYTM Raja Muda Perlis (kiri) berkenan berangkat menerima sembah mengadap Panglima Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia yang baharu, Brigedier Jeneral Yazid Yusuf.

Brigedier Jeneral Yazid Yusuf melapor diri di Markas Briged ke-30 Infantri, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer, Perlis pada 16 Januari 2023 bagi mengambil alih jawatan Panglima Briged menggantikan Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu yang telah bertukar keluar ke Markas Tentera Darat, Jabatan Arah Pasukan Udara Tentera Darat sebagai Ketua Pengarah.

DYTM Raja Muda Perlis (kiri) bergambar bersama-sama Brigedier Jeneral Yazid Yusuf.

Selepas majlis mengadap tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia bertitah bahawa Pasukan Simpanan tersebut telah merancang pelbagai aktiviti kolaborasi dengan agensi awam dan swasta sepanjang tahun 2023 ini bagi meningkatkan lagi penyertaan dan penglibatan latihan oleh anggotanya.

Raja Muda Perlis bertitah:

Rejimen ini  memfokuskan tahun ini sebagai Tahun Penjajaran Latihan dalam usaha bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama atau “Key Performance Indicators” (KPI) rejimen. Setiap titik anjakan yang dicapai diharap mampu memberikan impak maksimum dalam memastikan setiap matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan jayanya.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.