Oleh Abd Razak Osman
1 Februari 2023, 17:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sebanyak 73 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kedah mengikuti Program Hasta La Vista 2023 di Dewan Sri Merbok UiTM Merbok, semalam.

Menurut penganjur, Hasta La Vista adalah bermaksud selamat tinggal atau jumpa lagi dalam bahasa Spanish.

Ketua program, Muhammad Arif Ikhwan Aminuddin berkata, pelajar Semester 6, iaitu pelajar semester akhir wajib mengikuti program ini bagi memenuhi syarat kursus HR666 (latihan amali HR).

“Program ini merupakan satu daripada persediaan awal kepada pelajar semester akhir sebelum menempuhi alam pekerjaan dalam bidang pengurusan sumber manusia bagi memenuhi pihak industri.”

“Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana memberikan ceramah secara terperinci berkaitan dengan ciri kepimpinan yang harus dimiliki oleh graduan UiTM,” kata beliau.

Profesor Madya Ts. Dr. Asmadi Muhammad Ghazali menyampaikan ceramah.

Terdahulu, Profesor Madya Ts. Dr. Asmadi Mohammed Ghazali dari UiTM dalam ceramahnya mengatakan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh pelajar, terutamanya menempuhi era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) ini.

Beliau turut menekankan mengenai kompetensi pemimpin dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dikuasai oleh graduan dengan mengambil contoh kepimpinan Rasulullah SAW yang bercirikan insaniah, tawaduk dan mahabbah.

“Pelajar UiTM perlu juga mengetahui tentang tujuh kemahiran pekerjaan yang diperlukan oleh pihak industri, termasuk kemahiran menyesuaikan diri (fleksibiliti); celik teknologi; kreativiti dan inovasi; kemahiran maklumat; kemahiran pemikiran teknikal; kemahiran kepimpinan dan kecerdasan emosi.

“Jika perkara Itu dihayati dengan penuh minat, seronok sekali bagi sesiapa sahaja menempuh kerjaya dalam bidang perindustrian di negara ini,” ujar beliau mengakhiri ucapan dalam program tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.