6 Februari 2023, 11:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
UiTM Cawangan Perlis terus mencorak peranan melalui kerjasama baharu dengan institusi dalam dan luar negara.

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis terus mendukung perancangan strategik UiTM ke arah “Globally Renowned University 2025” melalui pelbagai inisitif baharu.

Terbaharu, dalam mendukung aspirasi 2023 ke arah perancangan “Globally Marketable University”, UiTM Cawangan Perlis terus mencorak peranan melalui kerjasama baharu dengan institusi di dalam dan luar negara.

Sesi penandatanganan LoI antara UiTM Cawangan Perlis dan Universitas Ubudiyah Indonesia.

 

 

 

 

 

 

Jaringan kerjasama ini mampu mempergiat jaringan hubungan kerjasama dengan menandatangani Letter of Intention (LoI) Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI), Universiti Malaysia Sains Komputer dan Kejuruteraan (UNIMY) dan Net Geometry Sdn. Bhd. dalam majlis ringkas pada Sabtu yang lepas.

Penandatanganan LoI menjurus kepada pelaksanaan pelbagai bentuk kegiatan seperti pertukaran pelajar, penempatan pelajar latihan praktikal, pertukaran tenaga dan kepakaran akademik dan aktiviti kolaborasi seminar, penyelidikan dan penerbitan.

Sesi penandatanganan LoI ini dilakukan oleh YBhg. Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UUI, Profesor Adjunct Dr. Marniati M. kes, Naib Canselor UNIMY, Profesor Madya Ts. Dr. Zulkarnain Kedah dan Puan Afifah Azahar selaku wakil Net Geometry Sdn. Bhd.

Turut hadir menyaksikan penandatangan LoI berkenaan ialah Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamaruddin Hussin, Dedi Zefrizal, S.T, Pengerusi Yayasan Ubudiyah, serta pegawai-pegawai utama daripada ketiga-tiga institusi dan industri berkenaan.

YBhg. Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. Rektor UiTM menjelaskan bahawa dengan penandatanganan LoI itu, akan dapat mengembangkan dan menyebarluaskan lagi ilmu pengetahuan serta kepakaran yang dimiliki oleh ketiga-tiga rakan strategik ini.

UiTM Cawangan Perlis amat mengharapkan dukungan dan bantuan rakan strategiknya untuk mengembangkan kerjasama khususnya dalam bidang teknologi seperti teknologi maklumat, kejuruteraan perisian, pengkomputeran perniagaan dan lain-lain.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.