24 Februari 2023, 12:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Pameran buku Sasterawan Negara menjadi antara tumpuan pengunjung yang hadir dalam Program Inspirasi KL di Wisma DBP.

Kuala Lumpur – Program Inspirasi KL yang berlangsung di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan suatu medan peminat buku, muzik dan fesyen dalam mendenyutkan nadi bahasa dan kesusasteraan, khususnya dalam kalangan anak muda.

Program ini merupakan program kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ZRA Strim dan rakan kolaborasi yang lain seperti Sunburst Store, Serba Serbi dan Luncai Emas ini diadakan selama tiga hari bermula pada hari ini, iaitu 24 Februari 2023 hingga 26 Februari 2023 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Jualan pakaian vintaj Vivienne Westwood.

Yang menariknya, festival perbukuan, muzikal dan fesyen ini diselitkan dengan pelbagai program seperti Resensi Buku Nur di Ufuk Timur di bawah segmen Bicarawara, jualan buku, persembahan muzik “Tamasya Anak Muda”, perhimpunan penggemar denim, pameran pakaian vintaj Vivienne Westwood, pameran motosikal dan trak makanan serta banyak lagi.

Menurut penganjur festival, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada DBP dan pengalaman baharu dalam usaha meneroka kaedah terkini penjualan produk menerusi penstriman; menyediakan ruang kepada DBP dan penerbit bumiputera kecil untuk memasarkan buku dan pakaian secara hibrid bagi menjana pendapatan; dan menyemarakkan semangat buku dalam khalayak peminat fesyen jalanan dan penggemar muzik yang disatukan di bawah satu bumbung.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bersempena dengan program Inspirasi KL.

 

Wayang pacak.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.