Oleh Abd Razak Osman
11 Mac 2023, 20:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Seramai enam orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari pelbagai politeknik dan kolej komuniti dipilih mewakili negara ke Pertandingan 10th International Abilympics di Perancis mulai 24 Mac 2023 hingga 25 Mac 2023 nanti.

Majlis pelancaran (Flag Off) pertandingan tersebut berlangsung di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Pelajar OKU yang terpilih ialah:

(i) Nur Amiratul Farahin Ab. Rahman, 23, dari Politeknik Ibrahim Sultan Johor, Kategori Seni Lukis dan Hasil Seni Bahan Buangan (Painting and Waste Art)

(ii) Muhammad Darwisy Haziq Mohd Zam, 25, dari Politeknik Ibrahim Sultan Johor, Kategori Fotografi Luar (Outdoor Photography)

(iii) Wan Muhammad Hafizunif Wan Roslan, 27, dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis, Kategori Hiasan Kek (Cake Decoration)

(iv) Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni, 23, dari Kolej Komuniti Selayang, Kategori Perkhidmatan Restoran (Restaurant Services)

(v) Najwa Mahmud, 23, dari Kolej Komuniti Selayang, Kategori Pemprosesan Data (Data Processing)

(vi) Salahuddin Ahmad Kamsan, 21, dari Kolej Komuniti Sungai Petani, Kategori Memasak (Cooking)

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Mohd Zahari Ismail ketika berucap di majlis itu berkata, OKU kini mempunyai potensi diri untuk maju dan hidup sejahtera dalam sebuah negara Madani.

Syabas saya ucapkan kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.

Pelajar OKU dari 55 buah negara akan bersaing menunjukkan kemahiran ilmu berkaitan TVET serta lain-lain dan diharap pelajar mewakili Malaysia akan menang dalam pertandingan itu nanti.

YBrs. Dr. Mohd Zahari Ismail semasa melancarkan majlis tersebut.

Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani, YBrs. Encik Mohd Yusaini Mohamed Ali pula berkata, langkah yang diambil bagi mengadakan majlis di Sungai Petani kali ini dapat mengeratkan hubungan baik antara pensyarah dengan pelajar politeknik dan kolej komuniti di negara ini.

Turut hadir menyaksikan upacara tersebut, Presiden Majlis Pemulihan Negara (MCR), YBhg. Datin Seri Paduka Khatijah Sulaiman dan Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Puan Zainab Othman.

YBrs. Dr. Mohd Zahari Ismail (tengah), YBhg. Datin Seri Paduka Khatijah Sulaiman (sebelah kanan) dan YBrs. Puan Zainab Othman (sebelah kiri) bergambar kenangan dengan enam pelajar yang terpilih.

 

Kakitangan politeknik dan kolej komuniti bergambar kenangan dengan enam orang pelajar bersama pengiring bagi mewakili Malaysia ke Perancis nanti.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.