13 Mac 2023, 20:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Puteri kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat membuat pelepasan “flag off” Kelab Kereta Berkuasa Tinggi Utara atau “Northern Supercar Club (NSC) Charity Drive 2023” di perkarangan Rumah Kanak-kanak (RKK) Arau, Guar Nangka pada petang semalam.

Ketibaan puteri kedua Raja Muda Perlis disambut wakil NSC.

Ketibaan Sharifah Farah Adriana disambut oleh wakil NSC, iaitu Beh Kwan Wei dan Ivaen Chew.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Ku Chik Ku Mat Esa.

Terdahulu daripada itu diadakan sesi penyerahan sumbangan daripada pihak NSC kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterima oleh Sharifah Farah Adriana bagi pihak Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan bagi tujuan menjayakan Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis berjumlah RM13,888.

Sumbangan dari pihak NSC kepada Rumah Kanak-kanak Arau.

Pihak NSC turut menyumbangkan RM12,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Arau sempena program amal tersebut.

Terdahulu diadakan taklimat daripada wakil Rumah Kanak-kanak Arau kepada sekalian yang hadir terdiri daripada para pemilik 28 buah kenderaan berkuasa tinggi yang majoritinya datang dari Pulau Pinang pada kali ini.

Dari RKK Arau, para peserta konvoi mengadakan lawatan di sekitar Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai dan mereka amat teruja melihat kejayaan transformasi yang dilaksanakan atas ilham dan kasih sayang DYTM Tuanku Raja Muda dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda ke atas rakyat baginda berdua. Transformasi tersebut juga disokong padu oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta YTSP Perlis bersama pelbagai jabatan, agensi serta individu dan mendapat sokongan penuh daripada kepimpinan dan masyarakat setempat walaupun baru lebih dua tahun dijayakan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.