14 Mac 2023, 18:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bandar Enstek – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam mementingkan budaya ilmu kerana merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam membangunkan Malaysia Madani.

YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan menekankan peranan sektor pendidikan dalam membangunkan Malaysia Madani ketika merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia MADANI di Institut Aminuddin Baki, Negeri Sembilan.

YB Puan Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia MADANI: Peranan Sektor Pendidikan berkata,

Kita (KPM) mesti menonjolkan sikap yang baik  dalam soal adab, santun dan pekerti.

Beliau berpandangan bahawa adab dan akhlak merupakan elemen asas yang amat penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia Madani.

Beliau juga menyuarakan kebimbangannya apabila ada sesetengah pihak yang meremehkan kepentingan subjek yang “memanusiakan manusia” seperti Pendidikan Agama Islam, Moral, Sejarah dan Sastera, sedangkan menurut beliau, “Sastera ini telah membentuk banyak segmen pemikiran, adab dan penghargaan yang cukup tinggi dalam urusan kemanusiaan.

“Saya tidak sedih kalau dikritik kerana kurikulum, tetapi menjadi sangat kecewa andainya anak-anak kita di sekolah ini meninggalkan sekolah tanpa menjadi manusia yang lebih baik,” tambah beliau ketika merasmikan program yang berlangsung di Institut Aminuddin Baki pada hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Pendidikan itu mengatakan bahawa pendidikan bukan hanya untuk meningkatkan kemahiran yang dimiliki oleh anak-anak, namun perkara yang lebih penting adalah pembangunan watak dalam diri mereka.

Terdahulu, majlis ini turut membentangkan hasil perbincangan Master Class dalam kategori Kemampanan, Daya Cipta, Kesejahteraan, Hormat, Ihsan, dan Keyakinan berdasarkan enam rukun Malaysia Madani.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.