14 Mac 2023, 20:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Raja Puan Muda Perlis bersama-sama agensi yang memberikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dalam Majlis Perasmian Bowling Amal Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis di Pusat Bowling Kangar pada hari ini.

Kangar –¬†Bagi menjaminkan kelangsungan kebajikan, Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam Majlis Perasmian Bowling Amal Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis pada hari ini menyeru agar program amal perlu dipergiat kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan anak yatim.

Titah baginda dalam ucapan perasmiannya yang diadakan di Pusat Bowling Kangar, program Bowling Amal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sumbangan bagi meningkatkan dana Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim di Perlis.

Tambah baginda, program ini juga dapat menampung keperluan semasa mereka seperti tempat tinggal, makanan harian, pendidikan dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada pertubuhan tersebut daripada Kasyaf Bina Sdn. Bhd., RD Mineral Sdn. Bhd., Cahaya Murni dan YB Mohd Ridzuan Hashim.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi oleh anakanda kedua, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis itu disambut oleh Timbalan Yang Dipertua merangkap Pengerusi Bowling Amal PKAYPS 2023, Datuk Abdul Azib Saad.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!