29 Mac 2023, 11:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pemimpin wanita kini mampu memimpin sesebuah kumpulan, organisasi, institusi, malah negara dengan baik meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19.

Titah Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang menyokong kajian yang dilakukan oleh Harvard Business Review, mengatakan bahawa pemimpin wanita lebih kompeten berbanding dengan lelaki dalam krisis COVID-19.

Maka itu, baginda menyeru semua institusi agar terus melakukan penyelidikan berimpak tinggi, khususnya mengenai wanita bagi mengangkatkan dan memartabatkan golongan wanita dalam masyarakat kini.

Institusi penyelidikan perlu memainkan peranan penting dalam melaksanakan kajian yang komprehensif berkaitan dengan isu kepimpinan wanita, seperti faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan dalam kalangan wanita.

Seseorang pemimpin perlu mempunyai kompetensi lain yang menggambarkan kewibawaan sebagai seorang pemimpin.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis selaku Pengerusi YTF ketika berkenan merasmikan Majlis Penutupan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah 2023 – Women in Search of Excellence dengan tema yang dipilih khas, iaitu “Aspirasi Wanita ke Arah Memartabatkan Perpaduan dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi” pada petang semalam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.