Oleh Abd Razak Osman
25 April 2023, 13:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Jawatankuasa penganjur dan penerima sumbangan bergambar kenangan di Hotel Star City Alor Setar, Kedah pada hari ini.

Alor Setar – Sebanyak 300 orang keluarga dalam kalangan kurang berkemampuan di tiga daerah, iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena menerima sumbangan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), sempena sambutan perayaan Aidilfitri. Sumbangan ini turut melibatkan 20 orang asnaf dan anak yatim, yakni ditaja oleh Yayasan Jariah Aafiyat.

Sumbangan wang tunai berjumlah RM250 diberi kepada setiap keluarga bersama-sama kuih merupakan produk keluaran Program Pembanggunan Wanita YSB, kerepek, produk Olive House Aafiyat dan pek makanan Great Food Industries diberikan kepada para penerima berlangsung di Hotel Star City Alor Setar, hari ini.

Pengurus Besar YSB, Misbah Dato’ Abdul Hamid berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah yang juga selaku Pengerusi YSB dan YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Nafisah Almarhum Sultan Badlishah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB.

Tambah beliau,

Setiap tahun, YSB memilih daerah secara pusingan agar sumbangan dapat diberi secara adil dan saksama.

Kemampuan YSB melaksanakan sumbangan turut bergantung kepada sokongan para penyumbang yang menyalurkan dana melalui program dan aktiviti diadakan pada sepanjang tahun.

Program kali ini, penaja dan penyumbang yang dermawan terdiri daripada Yayasan Jariah Aafiyat, Krizik (M) Sdn. Bhd., Perniagaan Mazlan & Hashimah, Pasar raya Borong Sakan Sdn. Bhd., Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah), Yiked Tranzglobal Sdn. Bhd., Aima Development Sdn. Bhd., Perniagaan Mudim Zakaria, Federation Oil Factory Sdn. Bhd., Great Food Industries Sdn. Bhd. dan Dato’ Chen Liaw Weng.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad dan Ahli Lembaga Amanah YSB, Dato’ Nasir Mustafa, Datuk Dr. Cheng Joo An, Dato’ Dr. Kamaruzaman Ali, serta Cik Suzanne Gan Soo Ean.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.