15 Mei 2023, 13:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Melaka – “Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI” merupakan tema yang dipilih sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke- 52 Tahun 2023 dalam melahirkan para pendidik dan anak bangsa yang bakal menjadi pemangkin masa hadapan negara.

Bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka, pada 15 Mei 2023, Bicara Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sendiri, YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali menekankan tiga prinsip kerja yang menjadi tonggak utama dalam dunia pekerjaan. Kongsi beliau,

Ybhg. Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia berkongsi tentang hala tuju pendidikan negara melalui wadah Anak yang Baik Lagi Cerdik (ABC).

Tiga prinsip utama yang saya pegang hingga ke hari ini adalah Kesamaan, Keterbukaan dan Kesyukuran. Tiga perkara inilah yang ingin saya terapkan dalam dunia pendidikan agar guru-guru dapat mempraktikkannya kepada anak bangsa sekali gus, melahirkan generasi yang hebat yang akan meletakkan akhlak mendahului tertib.

 

Buku Anak yang Baik Lagi Cerdik (ABC): Asas Kesejahteraan yang ditulis oleh beliau dan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB. Fadhlina Sidek telah menjadi agenda utama di Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam konteks pendidikan, ABC merupakan medium yang tepat bagi merealisasikan pendidikan efisien kepada pelajar. Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali berkata,

Wadah utama dalam ABC ini mengutamakan nilai-nilai murni dan penuh pekerti agar pelajar menghargai jasa guru. Pekerti yang baik dalam diri individu secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang cerdik dan cerdas.

Mengulas persoalan tentang pandangan beliau terhadap hala tuju pendidikan negara, Beliau menjelasan bahawa,

Dasar dan hala tuju pendidikan negara tidak pernah berubah sejak wujudnya Laporan Razak 1956 tetapi pendekatan yang digunakan mungkin sedikit berbeza. Hala tuju kita sejak dahulu dan kini adalah untuk melahirkan anak bangsa yang sejahtera di dunia dan akhirat.

 

Sesi soal jawab guru bersama-sama Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-52 Tahun 2023 ini diharapkan terus memberikan impak yang amat besar terhadap landskap pendidikan negara dalam melahirkan generasi MADANI.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.