21 Mei 2023, 10:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kontinjen Perlis di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Kangar, hari ini.

Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda Perlis di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM, Kontinjen Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda berdua yang diiringi oleh anakanda bongsu, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ketua Polis Perlis, YBhg. DCP Dato’ Surina Saad dan Timbalan Ketua Polis Perlis, YBrs. SAC Baderul Hisham Baharudin serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM Kontinjen Perlis.

Sejurus berangkat tiba, Baginda berdua berkenan melawat gerai-gerai juadah makanan beraneka jenis yang disediakan di perkarangan IPK Perlis, di samping beramah mesra dan bersalaman dengan warga kerja PDRM Kontinjen Perlis.

Pemangku Raja Perlis, Raja Puan Muda Perlis dan anakanda bongsu baginda bergambar kenang-kenangan bersama-sama Ketua Polis Perlis, Timbalan Ketua Polis Perlis dan para Pegawai Kanan PDRM, Kontinjen Perlis.

Dato’ Surina dalam ucapan alu-aluannya berharap agar majlis tersebut akan dapat merapatkan lagi hubungan, bagi meningkatkan kerjasama sesama anggota untuk memantapkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab PDRM Perlis.

Di samping kita merayakan hari yang mulia ini, sama-samalah kita gunakan kesempatan ini untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab supaya matlamat majlis ini diadakan akan tercapai, bergembira menyambut kemenangan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan.

“Semoga keberangkatan Duli-Duli Tuanku pada malam ini akan memantapkan lagi hubungan Istana dan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perlis yang selama ini utuh dan kukuh bagaikan tidak dapat dipisahkan lagi” – Ketua Polis Perlis.

Tuanku Pemangku Raja Perlis menzahirkan agar Majlis Jamuan Raya di bulan yang mulia ini akan dapat merapatkan lagi hubungan sesama anggota dan bekerja dengan baik bagi memastikan negeri Perlis akan menjadi negeri yang selamat didiami, harmoni, sejahtera dan sentiasa progresif maju ke hadapan.

Ketibaan Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda Perlis di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM, Perlis.
Pemangku Raja Perlis, Raja Puan Muda dan anakanda bongsu baginda berkenan melawat gerai yang menyediakan juadah di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM, Perlis.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.