22 Mei 2023, 08:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan program “Sembang Editor Majalah (SEM)” di Dewan Tun Razak 3, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada 29 Mei 2023, pukul 11.00 pagi.

Program yang berkonsepkan santai tersebut akan menampilkan barisan sidang editor daripada 11 majalah terbitan DBP seperti Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Dewan Tamadun Islam, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar.

Sepanjang program tersebut berlangsung, pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan panduan berkaitan dengan penghantaran karya secara bercetak mahupun secara dalam talian, iaitu JendelaDBP yang akan disampaikan oleh para editor majalah.

Selain berpeluang beramah mesra dengan barisan sidang editor Bahagian Majalah, pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti aktiviti Kotak Misteri Majalah, aktiviti mewarna dan sesi swafoto bersama-sama sidang editor.

Selain program “SEM”, pengunjung juga boleh mendapatkan buku dan majalah terbitan DBP dengan harga yang menarik di reruai DBP sepanjang PBAKL 2023 berlangsung.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.