24 Mei 2023, 09:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gombak – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada 22 Mei 2023 memaklumkan bahawa Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) Ke-19 akan berlangsung selama tiga hari mulai 24 hingga 26 Mei 2023, di Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tema persidangan ialah “Penterjemahan Global Untuk Kesejahteraan Sejagat”

Tuan rumah bagi PPA-19 pada kali ini ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penganjur bersama PPA-19 terdiri daripada Penerbit UIAM dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Jabatan Perpustakaan dan Sains Maklumat (DLIS), UIAM.

Pembentangan: Sebanyak empat kertas dasar, lima kertas plenari dan 32 kertas kerja dalam sidang selari akan dibentangkan dalam persidangan ini.

Latar Belakang

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa yang juga dikenali sebagai International Conference on Translation (ICT) pertama kali dianjurkan pada tahun 1984 dengan inisiatif Persatuan Penterjemah Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka atas kesedaran terhadap peri pentingnya penterjemahan sebagai wahana dalam usaha pemindahan ilmu yang utama bagi membina kemajuan negara dan bangsa. PPA merupakan mercu tanda yang dikenali oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang penterjemahan, bukan sahaja di Malaysia tetapi pada peringkat antarabangsa. Persidangan dwitahunan ini merupakan satu-satunya persidangan penterjemahan yang dianjurkan di Malaysia untuk semua pihak yang terlibat dalam bidang dan industri penterjemahan, termasuklah ahli akademik, pengamal, penyelidik dan pelajar. UIAM menjadi tuan rumah persidangan dwitahunan ini dengan sokongan penganjur bersama: PPM, DBP, ITBM dan DLIS, UIAM.

Objektif

  1. Mengangkat peranan penterjemahan dalam mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan global.
  2. Menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dalam bidang pelatihan penterjemahan yang akan membawa kepada kecemerlangan akademik dan kerjasama pada peringkat tempatan dan antarabangsa
  3. Merangsang wacana intelektual dan profesional dengan harapan untuk membincangkan isu, perspektif, teori, teknik serta amalan terkini, penyelidikan dan pengiktirafan dalam bidang penterjemahan.
  4. Membuka ruang kepada penemuan baru dan pendekatan alternatif dari aspek teori dan aplikasi penterjemahan dan interpretasi.
  5. Mempererat dan memperkukuh kerjasama dalam kalangan penterjemah dalam dunia akademik dan profesional.

Pembentangan kertas dasar dan kertas plenari adalah seperti berikut:

KERTAS DASAR 1

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak Rektor, Rektor UIAM.

Tajuk: “Penterjemahan Global untuk Kesejahteraan Sejagat”

KERTAS DASAR 2

Dr. Hasuria Che Omar, Timbalan Presiden, Persatuan Penterjemahan Malaysia.

Tajuk: “Kerangka Pentauliahan Penterjemah di Malaysia”

KERTAS DASAR 3

Encik Sakri Abdullah, Pengarah Urusan, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Tajuk: “Peranan Terjemahan dalam Menyemarakkan Budaya Ilmu”

KERTAS DASAR 4

Dr. Hazami Jahari Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tajuk: “Kandungan Tempatan ke Persada Dunia Melalui Penterjemahan”

KERTAS PLENARI 1

Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail, Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan), UIAM.

Tajuk: “New Challenges Facing Global Translation”

KERTAS PLENARI 2

Prof. Dr. Mohammed Zeki Khedher, Presiden, Institut Pengkomputeran Antarabangsa untuk Quran dan Sains, mantan Professor di Mosul University dan Jordan University.

Tajuk: “Machine Translation in the Service of Islamic Sources”

KERTAS PLENARI 3

Professor Claudia V. Angelelli, Pengerusi Kepelbagaian Bahasa dan Komunikasi, Herriot-Watt University, Edinburgh, United Kingdom.

Tajuk: “Ethics in Translation”

KERTAS PLENARI 4

Ms. Alison Rodriguez Presiden Persekutuan Penterjemah Antarabangsa International Federation of Translation (FIT) Perancis

Tajuk: “Narratives vs New ChatGPT: Necessary or Just ‘nice to have’?”

KERTAS PLENARI 5

Prof. Dr. Omar Hasan Kasule Ketua Setiausaha Institut Pemikiran Islam Antarabangsa / International Institute of Islamic Thought (IIIT)

Tajuk: “Higher Objectives and Challenges of Translation”

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan persidangan ini bolehlah menghubungi Encik Roosfa Hashim Pengarah PPA-19 melalui e-mel [email protected] atau melalui talian 016-6286925.

Majlis Perasmian Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-29 akan diadakan pada 24 Mei 2023.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.