Oleh Abd Razak Osman
24 Mei 2023, 10:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai PetaniĀ – Sebanyak 130 orang pelajar universiti menyertai Program Walk for Clean 2023 dengan melaksanakan aktiviti berjalan kaki sambil mengutip sisa sampah di sekitar kawasan Pantai Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah, semalam. Aktiviti tersebut disertai oleh pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah, Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia dan Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia.
Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Pengurusan, Fakuliti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Kedah, dengan kerjasama Perbadanan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam (SWCorp) Cawangan Sungai Petani.
Sebahagian pelajar berjalan kaki mengutip sampah di sekitar kawasan pantai.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Kedah, Prof. Madya Dr. Kamarudin Othman berkata, program yang diadakan ini berjaya memperluaskan jaringan kerjasama antara pelajar UiTM, universiti antarabangsa (Universiti Airlangga dan Universiti Brawijaya, Indonesia), agensi swasta (SWCorp) serta komuniti tempatan.
Menurutnya lagi,
“Kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pelajar di institut pengajian tinggi, khususnya dalam soal menjaga kebersihan alam sekitar”
Program ini dapat mengeratkan hubungan antara UiTM Cawangan Kedah, Penduduk setempat dan pelajar dari Universiti Indonesia.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Keusahawanan Universiti Brawijaya, Dr. Romy Hermawan berkata, pihaknya begitu gembira sekali kerana berpeluang mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di negara ini.
Menurutnya lagi,
“Para pelajar amat bertuah kerana berpeluang menjalankan aktiviti tersebut dan mengenali budaya masyarakat di Kedah, terutamanya di Tanjung Dawai”
Delegasi pelajar dan pensyarah dari Universitas Airlangga, Indonesia yang turut sama terlibat dalam program itu turut menyatakan komitmen untuk mengadakan program kerjasama lain dengan UiTM Kedah pada masa akan datang.
Ketua Pengurusan Pejabat Digital Universitas Airlangga, Dr. Rahmat Yuliawan pula berkata:
“Program sebegini dapat memberikan banyak kebaikan kepada para pelajar, antaranya termasuklah berkomunikasi dengan penduduk di Tanjung Dawai”
Peserta program bergambar di Pantai Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah.
Pengarah SWCorp Cawangan Kedah, Encik Nordin Amat ketika berucap merasmikan program itu berkata,
“Walau di mana jua lokasi pelancongan, sekiranya kawasan persekitaran tersebut sentiasa dijaga oleh pihak tertentu, terutamanya dalam soal kebersihan, pasti akan memberikan banyak manfaat kepada pengunjung yang datang.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.