27 Mei 2023, 11:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Langkawi – “Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan sentiasa berusaha menawarkan sesuatu yang unik kepada pelajar, industri dan pemegang taruhnya.”

Dengan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan, adalah diyakini bahawa UniMAP akan terus mampu melahirkan graduan yang berupaya berdepan dengan cabaran revolusi perindustrian 4.0, antaranya termasuklah mempunyai minda usahawan, inovatif dan diperkasakan dengan nilai kemanusiaan yang holistik.

Demikian titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri satu majlis makan malam yang dihoskan oleh universiti berkenaan di Pulau Langkawi, bersempena dengan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2023.

DYMM Pemangku Raja Perlis turut berkenan meluangkan masa bertemu dengan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan negara Laos, Ngampasong Meuangmany.

Pada program yang sama, DYMM Pemangku Raja Perlis turut berkenan meluangkan masa bertemu dengan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan negara Laos, Ngampasong Meuangmany dan berkongsi pengalaman hasil lawatan kerja Baginda mengetuai delegasi UniMAP ke Vientiane dan Luang Prabang, pada tahun lalu.

Keberangkatan tiba Baginda yang juga merangkap Canselor UniMAP disambut oleh Naib Canselor UniMAP, iaitu YBhg. Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli.

DYMM Pemangku Raja Perlis berkenan berangkat menghadiri majlis makan malam anjuran UniMAP.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) Encik Ahmad Rizal Adnan; Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Mohd Sharil Abdullah; dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Encik Raymond Teoh.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.