29 Mei 2023, 17:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Sebanyak 403 637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 131 318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan tersebut.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan tersebut daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri yang merupakan tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2022.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPM 2022 melalui kaedah yang berikut:

  1. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 hingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan atau
  2. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 hingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.