30 Mei 2023, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gelugor, Pulau Pinang – Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) mengukuhkan lagi usaha pembudayaan integriti dengan berkolaborasi bersama-sama Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menawarkan program “Certified Professional in Integrity Assurance and Management”.

Program yang diadakan pada hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif ACeIO untuk menjadikan integriti sebagai profesion.

Selain itu, usaha tersebut juga akan dijadikan landasan bagi pengukuhan kompetensi ahli ACeIO dan pengamal integriti lain dalam memastikan integriti diurus secara profesional.

Program “Certified Professional in Integrity Assurance and Management” akan dijalankan pada hujung minggu untuk tempoh empat bulan dengan pengambilan pertama akan bermula pada Julai 2023.

Memorandum persefahaman pelaksanaan program “Certified Professional in Integrity Assurance and Management” antara ACeIO dengan USM.

Majlis menandatangani serta pertukaran memorandum persefahaman pelaksanaan program antara ACeIO dengan USM telah disempurnakan dengan ACeIO diwakili oleh Presiden, Tuan Ahmad Sabri Mohamed manakala USM diwakili Naib Canselor, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Turut hadir menjayakan majlis ialah Timbalan Presiden ACeIO, YBhg. Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap; Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad, serta pegawai kanan ACeIO dan USM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.