16 September 2023, 09:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam siaran media yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka mengambil perhatian laporan media mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan dengan pengambilan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Bahagian Pendidikan Swasta, KPM telah menerima sebanyak 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa dalam tempoh Jun hingga Ogos 2023.

KPM ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang surat penolakan dikeluarkan bagi mana-mana permohonan yang telah dibuat dalam tempoh berkenaan,

Kesemua permohonan yang diterima berada dalam penelitian dan pihak sekolah yang terlibat telah dimaklumkan mengenainya.

Penelitian menyeluruh perlu dilakukan kerana melibatkan Dasar Pengoperasian SMPC yang sedang dalam proses semakan.

Selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab pendidikan antarabangsa, KPM sentiasa mengalu-alukan kemasukan murid antarabangsa dan dalam pada masa yang sama bertanggungjawab memastikan setiap prosedur yang ditetapkan dipatuhi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.