27 September 2023, 09:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima undangan bagi melancarkan Al Khairi Insurance Limited (AKIL) yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Eksekutif Al Khairi Insurance Limited, Datuk Seri Mohd Khairi Datuk Mat Jahya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

AKIL telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat insurans am di Wilayah Persekutuan Labuan pada 31 Januari 2023 sebagai sebuah syarikat insurans yang membekalkan perlindungan insurans dan takaful  dalam pelbagai industri ke serata dunia.

Syarikat ini juga mempunyai kepakaran dan bersedia untuk memberi perlindungan insurans dan Takaful di dalam sektor marin, penerbangan, pengangkutan dan juga perlindungan perubatan antarabangsa.

Al Khairi Insurance Limited menawarkan satu produk unik yang buat masa ini, satu-satunya syarikat yang memberi perlindungan perubatan antarabangsa secara ‘Cashless’ kepada para Jemaah Haji dan Umrah semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.

Raja Muda Perlis berkenan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Al Khairi Insurance Limited dengan syarikat yang terlibat seperti PM Protected Cell Company Limited, AlBayt Medical Centre dari Arab Saudi dan VFS Global dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Al Khairi Insurance Limited dengan beberapa buah syarikat lain antaranya PM Protected Cell Company Limited, AlBayt Medical Centre dari Arab Saudi dan VFS Global dari Emiryah Arab Bersatu (UAE).

Tuanku Raja Muda menzahirkan agar Al Khairi Insurance Limited akan menjadi sebuah syarikat insurans yang berjaya dan maju bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.