Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada minggu depan, 12 Oktober 2023 (Khamis).
Dalam kenyataan pada hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa sebanyak 8586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh membuat semakan melalui dua kaedah, iaitu secara dalam talian pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 6.00 petang.
Calon juga boleh mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Tambah KPM,
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi hingga pukul 6.00 petang pada pada 12 Oktober hingga 18 Oktober 2023.
Dalam kesempatan itu, KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023.