2 Oktober 2023, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai Petani – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melawat Batu Sempadan bersejarah antara negeri Kedah dan Pulau Pinang yang terletak di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Lestari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Normaira Abdul Rahmah yang telah mempersembahkan taklimat mengenai sejarah batu sempadan ini.
Batu ini membahagikan kawasan antara negeri Kedah atau Saiburi yang ketika itu di bawah Siam dengan Pulau Pinang yang bernaung di bawah  British dan hingga kini batu ini kekal menjadi sempadan antara Kedah dengan Pulau Pinang.
Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra ke sana buat julung kalinya itu ialah sempena program kayuhan amal “MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ anjuran Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Kedah dan Perlis dengan kerjasama OSK Property Wilayah Utara yang bermula dan berakhir di Yarra Park Show Village, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
Turut mengiringi baginda ialah Pengerusi MCCC Kedah dan Perlis, Tan Ah Kiang, Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Raschada Jiwalai, Ketua Pengurusan Cawangan Wilayah Utara OSK Property, Paul Tan Kok Poh, Pengarah Urusan Kumpulan Irama Jaya, Ooi Enn Hee serta Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kayuhan MCCC, Regent Wong.
MCCC merupakan badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan tujuan untuk menggalakkan kerjasama dan pembangunan dalam perdagangan, pelaburan dan bidang perindustrian serta komersial antara Malaysia dan China dan mempunyai cawangan di sembilan buah negeri.
OSK Property pula merupakan gabungan OSK Property Holdings (OSKP) dan  PJ Development Holdings (PJD) yang telah membangunkan banyak projek kediaman, perbandaran dan komersial di seluruh Malaysia.
Kayuhan sejauh 35 kilometer itu turut melibatkan persinggahan bagi MCCC menyampaikan sumbangan Jalinan Kasih berupa 25 kampit beras kepada golongan memerlukan di Kampung Serukam, Sungai Petani.
Kayuhan amal “MCCC Ride with HRH The Crown Prince Of Perlis’ telah disertai sebanyak 80 peserta iaitu yang melibatkan sejauh 35 kilometer.
Kayuhan kali ini disertai kira-kira 80 peserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang termasuk beberapa peserta dari Jerman dan Belanda merentasi sungai-sungai yang cantik, sawah bendang, ladang kelapa sawit, jalan kampung-kampung dan juga pemandangan yang sungguh indah sekali.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.