Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKangar – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid menerima kunjungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Perlis, semalam.
Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Ibrahim disambut oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda kedua baginda berdua, Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Pertemuan yang berlangsung selama satu sejam tersebut dimulakan dengan pimpinan doa oleh Mufti Perlis, Sahibus Samahah Prof. Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Keberangkatan Tuanku Sultan Johor itu ialah kesinambungan kunjungan kepada Raja-Raja Melayu sebagai adat berkunjung kasih selepas selesai urusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada 27 Oktober 2023, baru-baru ini.
Selesai sesi pertemuan, Tuanku Sultan Johor diiringi oleh Tuanku Raja Muda Perlis dalam kenderaan rasmi yang sama terus berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar untuk berangkat pulang.