Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Terengganu – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Persidangan Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri Ke- 34 bagi Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Senat, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim selaku Pengerusi Mesyuarat dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab.
Turut berangkat ialah Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan dan Tengku Panglima Raja Pahang Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Persidangan tersebut turut membincangkan berkaitan denganĀ pengambilan anggota, pengurusan latihan, pentadbiran dan pembangunan Askar Wataniah di pasukan Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dan pasukan Pakar Askar Wataniah.
Bagi individu yang sihat tubuh badan dan berminat untuk menyertai pengambilan tersebut, mereka boleh mendaftarkan diri dalam Angkatan Sukarela atau mendapatkan maklumat lanjut di kem Askar Wataniah terdekat di seluruh negara.