9 Disember 2023, 14:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Simpang Empat – “Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan di dalam sesebuah organisasi adalah dengan mengadakan sesi latihan secara berterusan untuk membangunkan kemahiran kepimpinan.”

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal amal “MAIPs Peduli” anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra,

Selain itu, pemimpin dan pekerja juga seharusnya memupuk rasa saling menghormati. Jika pekerja berasa diri mereka tidak dihormati atau tidak dilayan dengan baik, ia akan mengurangkan motivasi mereka untuk melaksanakan tugas. Sekiranya mereka berasa suara mereka didengari atau dihargai, mereka akan lebih bersemangat dan bersungguh semasa bekerja.

“Sungguhpun begitu, pekerja juga perlu mengambil berat dan menghormati setiap arahan dan keputusan yang diambil oleh pihak pengurusan. Hal ini bermakna, sikap saling menghormati akan membawa kepada perhubungan harmoni dalam organisasi,” jelas baginda.

Tuanku Raja Muda merangkap Yang DiPertua berkenan singgah menyantuni tiga buah rumah milik asnaf terpilih
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.